fbpx

Dua pegawai syarikat pembekalan air direman sehari disyaki makan rasuah RM3.3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA pegawai atasan syarikat pembekalan air direman sehari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah RM3.3 juta.

JOHOR BAHRU – Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air di negeri ini direman sehari bagi membantu siasatan dakwaan menerima rasuah sebanyak RM3.3 juta daripada dua pemilik syarikat kontraktor.

Perintah reman itu dibenarkan Penolong Kanan Pendaftar Nurzihan Abdul Rehman selepas permohonan dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pagi tadi.

Dua suspek berkenaan masing-masing diwakili peguam, Adzly Ab Manas dan Amarpreet Singh Rajwinder Singh.

Reman berkenaan bagi membolehkan kedua-dua suspek disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) dan 18 Akta SPRM 2009.

Semalam, kedua-dua suspek lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut telah ditahan di pejabat SPRM Selangor.

Difahamkan siasatan dibuat atas beberapa aduan sekitar tahun lalu, di mana kedua-dua suspek telah menerima wang rasuah daripada pemilik dua buah syarikat kontraktor sebagai balasan membantu syarikat berkenaan memperoleh kerja-kerja perkhidmatan dan pembekalan daripada syarikat pembekalan air tersebut.

Suspek juga terlibat dengan kesalahan mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu berhubung dengan permohonan sumbangan bagi sebuah program berjumlah RM3.3 juta sedangkan program tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI