fbpx

MB Perlis hadir ke SPRM beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shukri

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil keterangan Mohd. Shukri Ramli bagi membantu siasatan berkait salah guna kuasa.

Menteri Besar Perlis itu tiba di Ibu Pejabat SPRM pada pukul 10 pagi tadi dan proses merekod keterangan masih berlangsung.

Media sebelum ini melaporkan, SPRM menyiasat seorang pemimpin kanan di utara tanah air yang disyaki telah melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya.

Difahamkan, ia membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan bernilai kira-kira RM300,000.

Menurut sumber, pemimpin berkenaan juga disyaki melantik beberapa syarikat bagi kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan jalan yang melibatkan peruntukan Pejabat Menteri Besar kira-kira RM1 juta yang mana syarikat-syarikat tersebut mempunyai kepentingan dengan anaknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI