fbpx

Emma Maembong, Shah Jaszle sakannya berpeluk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BABAK terlajak mesra antara Emma Maembong dan Shah Jaszle untuk drama Mati Pucuk tidak disenangi ramai kerana perlakuan mereka didakwa melampaui batas.

AKSI atau babak mesra pasangan kekasih dalam sesebuah drama bukanlah benda baharu yang dilakonkan oleh pelakon untuk menghidupkan lagi jalan cerita.

Cuma kadang-kala babak mesra yang dipamerkan itu boleh menyakitkan mata penonton, lebih-lebih lagi kalau melibatkan aksi berpelukan sehingga mengundang rasa mual netizen.

Terbaharu, pelakon Emma Maembong dan Shah Jaszle pula menjadi sasaran kecaman masyarakat selepas tular sebuah video memperlihatkan aksi kedua-duanya menari sambil berpelukan dengan memakai pakaian pengantin.

Difahamkan, aksi tersebut dibuat bagi menjayakan babak dalam drama Mati Pucuk. Apa yang membuatkan netizen ‘panas hati’, kedua-duanya berstatus isteri dan suami orang, namun tidak meletakkan batas sehingga mengundang kritikan.

Kalau setakat bersentuhan dengan berpegangan tangan mungkin boleh dimaafkan, tapi ini sudah sampai tahap peluk sehingga hampir hendak tercium!

Malah, ada yang memberikan komen sindiran mengatakan seronok boleh peluk-peluk ‘free’. Tak kurang juga ada yang mempersoalkan mengenai perasaan suami dan isteri kedua-dua pelakon itu.

“Kasihan pasangan masing-masing. Apa yang aku boleh cakap ialah dayus. Sebab suami yang membiarkan isterinya membuka aurat, bersosial tanpa batasan adalah suami dayus,” kata seorang netizen.

“Sedih tengok. Macam tak ada apa-apa berlaku. Tak rasa segan silu,” tegur seorang lagi netizen.

DIVA: Ada yang beri bintang penuh filem Pengabdi Setan 2. Sampai terpukul kawan sebelah sebab takut, seram sangat ke?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI