fbpx

Alia serik ditipu pengasas jenama pakaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alia menganggap kejayaan bukanlah sesuatu perlumbaan, tetapi ia adalah sesuatu perjalanan.

Gadis yang diberi nama Nurfarah Alia Ariza tidak lagi asing di persada fesyen tanah air.

Lebih mesra dipanggil Alia, gambarnya sering menghiasi majalah atau poster-poster butik fesyen.

Dianugerahkan wajah yang cantik dan jelita bukanlah tiket untuk gadis itu mengorak langkah dengan mudah, sebaliknya berkat doa ibu bapa dan usaha yang kuat adalah antara resipi­nya dalam menuju kejayaan.

Bersama Kosmo! Ahad, Alia sempat berkongsi kisah suka duka perjalanan hidup yang dilaluinya sehingga mencapai ke tahap sekarang termasuk pernah menjadi mangsa penipuan.

 

KOSMO! AHAD: Ceritakan mengenai latar belakang anda?
Nurfarah Alia: Nama saya Nurfarah Alia Ariza atau boleh panggil Alia. Umur 22 tahun dan saya merupakan anak keempat daripada enam beradik.

Di manakah anda menyambung pengajian dan kursus yang diambil?
Alia menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Machang, Kelantan dan mengambil jurusan Diploma Sains Komputer dan Matematik.

Apakah makanan dan minuman kegemaran?
Bab makanan ini, Alia lebih suka masakan Barat, manakala minuman pula air teh o’ ais yang menjadi pilihan di mana sahaja kedai yang saya pergi.

Alia tidak dibayar ‘gaji’ penggambaran, rugi ribuan ringgit

Sejak bila berkecimpung dalam dunia permodelan?
Pada 2019, Alia bermula sebagai model tudung, mula-mula itu buat suka-suka sahaja untuk cari pendapatan sampingan, tetapi lama-lama Alia suka jadi model dan sampai sekarang masih me­lakukannya sebab minat.

Selain model, apakah kerjaya lain yang dilakukan?
Alia juga menceburi bidang perniagaan makanan dan minuman. Alia baru memulakan bisnes ‘Da Froyo’ iaitu menjual frozen yogurt dan dessert. Ia merupakan pengalaman baharu yang mengajar Alia banyak benda tentang selok-belok dunia perniagaan.

Siapakah sumber inspirasi dalam bidang permodelan?
Sumber inspirasi saya ialah Leena Snoubar. Alia sering mengikuti perkembangan beliau kerana fesyen yang digayakan sangat terkini.

Bagaimana membahagikan masa sebagai seorang model dan kerjaya?
Sebenarnya sangat sukar, namun untuk tidak menimbulkan masalah, Alia akan buat jadual setiap minggu. Alia lebih fokuskan kepada bisnes, jadi Alia akan ambil tawaran modelling pada hujung minggu atau tarikh sesuai.

Apakah pengalaman paling bahagia sepanjang bergelar model?
Apabila Alia dapat kenal orang baharu di set penggambaran dan tambah kenalan serta dapat belajar benda baharu daripada mereka.

Apakah pengalaman pa­ling pahit sepanjang bergelar model?
Saya kerugian ribuan ringgit apabila ‘gaji’ tidak dibayar. Saya ambil tawaran modeling untuk satu jenama. Mula-mula, saya setuju dengan bayaran yang diberi untuk sesi penggambaran, namun setelah selesai, mereka tidak bayar, tetapi saya tak buat laporan polis sebab itu pertama kali Alia kena tipu. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI