fbpx

Jepun catat kes baharu Covid-19 tertinggi di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai beratur untuk ujian saringan Covid-19 di lapangan terbang antarabangsa Haneda Tokyo pada 25 Januari lalu. - AFP

TOKYO – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa Jepun merekodkan jumlah kes baharu Covid-19 tertinggi berbanding mana-mana negara lain sepanjang minggu, lapor Badan Penyiaran Jepun (NHK) semalam.

Negara matahari terbit itu merekodkan jumlah kes baharu tertinggi di dunia untuk tiga minggu berturut-turut. 

WHO mengeluarkan kemas kini mingguan mengenai jangkitan koronavirus pada Rabu lalu.

Di seluruh dunia, sejumlah 6,980,516 jangkitan baharu telah disahkan sepanjang minggu bermula 1 hingga 7 Ogos lalu, meningkat tiga peratus berbanding minggu sebelumnya.

Jepun melaporkan sebanyak 1,496,968 kes, meningkat sembilan peratus daripada minggu sebelumnya. Kes mingguan di Jepun menyumbang kira-kira 20 peratus kepada angka jangkitan global.

Jumlah kematian mingguan di Jepun dalam tempoh sama ialah 1,002 orang, meningkat 53 peratus daripada minggu sebelumnya. Angka itu adalah keempat tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat, Brazil, dan Itali.

WHO berkata, jumlah sebenar kes dan kematian Covid-19 mungkin lebih tinggi daripada angka yang dilaporkan kerana beberapa negara mengurangkan ujian saringan mereka. Ini menyebabkan jumlah keseluruhan ujian saringan yang dilakukan adalah lebih rendah.

Menurut WHO, subvarian Omicron BA.5 terus dominan di seluruh dunia, meliputi  kira-kira 70 peratus kes yang dikesan secara global setakat akhir bulan lalu.

BA.5 dilaporkan akan terus memacu lonjakan jangkitan semasa di Jepun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI