fbpx

KPDNHEP serbu syarikat pembungkus minyak masak polibeg bersubsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEGAWAI Penguat Kuasa KPDNHEP memeriksa lori tangki dalam operasi di sebuah syarikat pembungkusan minyak masak polibeg bersubsidi di Kawasan Industri Sri Andalas, Senawang di sini semalam. FOTO : IHSAN KPDNHEP.

SEREMBAN – Sebuah syarikat pembungkus minyak masak polibeg bersubsidi diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan di Kawasan Industri Sri Andalas, Senawang di sini semalam.

Serbuan menerusi Ops ATM (Ayam, Telur, Minyak Masak) dan Ops Anti-Sorok itu bermula kira-kira pukul 11.30 malam berjaya merampas 60,000 kilogram (kg) minyak masak serta sebuah lori dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM400,000.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Negeri Sembilan, Abd Muis Samsudin berkata, semasa serbuan dijalankan, sebuah sebuah lori tangki yang mengandungi kira-kira 30,000 kg minyak masak sedang menunggu untuk dipindahkan ke dalam tangki simpanan di premis tersebut.

“Pemeriksaan lanjut di premis berkenaan juga mendapati terdapat stok simpanan minyak masak sebanyak 30,000 kg di dalam tangki di premis tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abd Muis berkata, namun begitu, apabila semakan terhadap buku penyata stok bekalan minyak masak dilakukan mendapati jumlah baki dalam simpanan yang dinyatakan hanya sebanyak 5,350 kg.

“Berdasarkan hasil pemeriksaan yang dilakukan, syarikat terbabit disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 di mana gagal menyelenggara buku penyata stok barang kawalan bersubsidi serta memiliki atau menyimpan barang kawalan berjadual melebihi had kuantiti yang dibenarkan dalam lesen.

“Hasil serbuan itu dianggarkan sebanyak 60,000 kg minyak masak telah disita untuk tujuan siasatan dengan nilai rampasan sebanyak RM150,000. Turut disita sebuah buah lori tangki dan jumlah keseluruhan nilai rampasan bagi kes ini adalah RM400,000,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI