fbpx

Britain bertukar jadi ‘gurun’ akibat kemarau dahsyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandangan menghijau Britain kini bertukar kuning dan hitam akibat kegersangan tanah dilanda gelombang haba. - Paul Marriott/REX/Shutterstock

LONDON – Satu rakaman imej satelit memaparkan lanskap di Britain perlahan-lahan bertukar menjadi seperti gurun disebabkan gelombang haba yang melanda, lapor akhbar Daily Star UK semalam.

Jabatan meteorologi kelmarin mengeluarkan amaran panas melampau di beberapa lokasi sehingga Ahad ini dan meliputi sebahagian besar kawasan di selatan England serta beberapa bahagian di Wales.

Ketua Pejabat Meteorologi, Andy Page memberi amaran bahawa suhu boleh mencecah 36 darjah Celcius pada hujung minggu ini.

Imej satelit menunjukkan banyak kawasan hijau di England  berubah menjadi kekuningan dan juga hitam di beberapa tempat.

“Lanskap kering seperti ini tidak pernah saya di Britain dan hari tanpa awan  mendedahkan tahap sebenar kemarau yang berlaku,” tulis majlis daerah Cheshire dalam catatan di laman webnya.

Secara keseluruhan,  64 peratus kawasan di Eropah dan Britain  kini berada di bawah amaran kemarau, demikian menurut data dari Balai Cerap Kemarau Eropah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI