fbpx
KAMARUDDIN (dua dari kiri) bersama ahli keluarga ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Nelayan Tok Bali, Pasir Puteh hari ini.

Bot karam: Penutup tong ikan, pelampung jadi penyelamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH – Nelayan yang selamat dalam kejadian bot karam di perairan Pulau Redang, Terengganu pada Isnin lalu berpaut selama 14 jam pada penutup tong ikan dan pelampung bubu sebelum diselamatkan di lautan.

Muhammad Kamaruddin Yudi, 31, sebelum kejadian, bot yang dinaiki bersama lima rakannya itu dipukul ombak besar setinggi lebih dua meter sehingga berputar apabila sauh yang dilabuhkan tercabut.

Cerita lelaki itu, dia sempat berpaut pada kedua-dua objek tersebut, manakala rakan-rakannya berpegang pada badan bot sebelum mereka hilang.

“Kami turun ke laut memancing dan memasang bubu dari jeti perikanan Cherang Ruku, di sini kira-kira pukul 10 malam, Ahad lalu.

“Ini merupakan kejadian pertama yang menimpa saya sejak lebih 20 tahun turun ke laut.

“Saya masih terbayang rakan, Ahmad Zamri Ishak berpaut pada betisnya sebelum memegang badan bot. Itu detik terakhir saya melihat dia (Ahmad Zamri),” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Nelayan, Tok Bali di sini hari ini.

Muhammad Kamaruddin merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kejadian bot karam tersebut.

Bot dinaiki enam nelayan yang karam di perairan Pulau Redang, Kuala Nerus, Terengganu diapungkan hari ini.

Tiga yang lain iaitu Mohd. Nazri Abu Bakar, 48, Zulkifli Umar, 48, dan tekong bot, Saludin Ismail,50 ditemui lemas.

Dua lagi mangsa iaitu Ahmad Zamri, 66, dan Raja Zainudin Raja Ibrahim, 49, masih hilang.

Mohd. Nazri dan Saludin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cherang Ruku pada pukul 2 pagi tadi manakala jenazah Zulkifli pula dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Gedombak pada pukul 2.48 pagi tadi.

Bercerita lanjut, Muhammad Kamaruddin memberitahu, dia tidak dapat tidur lena sejak kejadian tersebut berlaku kerana sentiasa teringat mengenai tragedi itu serta nasib rakan-rakannya yang lain. – KOSMO! ONLINE

POPULAR