fbpx

Dua lelaki bertumbuk di Bangunan Stadthuys

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pergaduhan tular antara dua lelaki.

MELAKA – Tular di laman sosial satu klip video memaparkan tindakan dua lelaki bertumbuk di bulatan berdekatan bangunan Stadthuys di sini.

Video berdurasi 26 saat itu menunjukkan seorang lelaki dipercayai warga emas yang memakai baju warna biru saling berbalas tumbukan dengan seorang lagi lelaki berbaju hitam.

Pergaduhan itu hanya disaksikan oleh orang awam yang berada di sekeliling.

Di hujung rakaman, warga emas itu bagaimanapun dilihat terkena beberapa tumbukan di bahagian mukanya yang mengakibatkannya terjatuh ke atas jalan raya.

Punca pergaduhan dan keadaan kedua-dua lelaki tersebut bagaimanapun masih belum diketahui. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI