fbpx

Mahkamah: Peniaga burger direman 5 hari, letak vape di mulut bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peniaga burger berusia 23 tahun direman lima hari bagi membantu siasatan kes tular meletakkan vape ke mulut bayi.

JOHOR BAHRU – Tindakan kurang bijak seorang peniaga burger meletakkan alat menghisap vape di mulut bayi perempuan berusia enam bulan menerima padah apabila dia direman selama lima hari.

Perintah reman terhadap suspek yang berusia 23 tahun itu dikeluarkan Majistret, R. Salini di sini bermula hari ini sehingga Sabtu ini.

Terdahulu, suspek yang berpakaian hitam dan berambut perang itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira pukul 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid dilaporkan memberitahu, suspek ditahan polis ketika dipanggil untuk memberi keterangan pada pukul 12.45 tengah hari, semalam.

Menurut beliau, polis menerima laporan kejadian oleh ibu bayi berkenaan pada pukul 2.56 petang, Sabtu lalu.

“Menurut laporan tersebut, pengadu sedang makan di sebuah restoran di Bandar Baru Uda bersama anaknya iaitu bayi berkenaan, adik perempuan dan rakan lelaki adik perempuannya yang merupakan suspek dalam kejadian tersebut.

“Suspek yang sedang memangku bayi berkenaan ketika itu secara tiba-tiba meletakkan vape yang tidak berfungsi di mulut bayi manakala kejadian dirakam adik perempuan pengadu,” katanya dalam satu kenyataan, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI