fbpx

Ops ATM: Sebanyak 21 kes direkodkan KPDNHEP Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifullizan (kanan) memeriksa minyak masak botol di Pasar Raya Bilion Mart di Jelapang, Ipoh hari ini. - FOTO: MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Sebanyak 21 kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga Anti Dan Pencatutan 2011 dengan nilai rampasan bernilai RM6,176.90 direkodkan dalam tempoh lebih sebulan Ops ATM (ayam, telur dan minyak masak) dilaksanakan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, kesemua kes itu direkodkan pihaknya antara 1 Julai hingga semalam.

Katanya, sebanyak 1,455 pemeriksaan ke atas rantaian bekalan minyak masak dengan 21 kes dihasilkan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga Anti Dan Pencatutan 2011.

“Sebanyak 14 daripada 21 kes tersebut melibatkan kesalahan kegagalan mengemas kini buku stok.

“Peniaga perlu mengemas kini buku stok perniagaan mereka terutama jika berkaitan dengan harga barang kawalan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan pemantauan harga minyak masak botol di Pasar Raya Billion Mart Jelapang di sini hari ini.

Dalam pada itu, Saifullizan berkata, pihak mendapati terdapat peniaga yang menawarkan harga minyak masak sawit tulen tidak bersubsidi lebih rendah berbanding harga siling yang mula berkuat kuasa semalam.

“Ada peniaga yang menjual harga minyak masak sawit tulen lima kilogram (kg) pada harga RM29.70 sehingga RM33.70.

“Berdasarkan statistik daripada 56 pasar raya yang telah ditinjau, 16 daripadanya meletakkan harga lebih rendah daripada harga ditetapkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI