fbpx
Sebahagian daripada 11 tertuduh yang didakwa terlibat dalam aktiviti menyabung ayam di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Mahkamah: 11 lelaki hadapi pertuduhan berlaga ayam sabung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Seramai 11 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan bersama terlibat dalam aktiviti sabung ayam secara haram di Chendering di sini pada dua bulan lalu.

Kesemua tertuduh ialah Md. Asyraf Zuhairy Md. Zainudin, 37; Mohamad Fakro Riduan Sidek, 26; Muhammad Amir Asyraf Zakaria, 27; Muhamad Hazimin Hasbollah, 27; Syed Safanizam Syed Yahya, 33; dan Mohd. Noorsyaiful Zaidi Sulong, 32.

Selain itu, Mohd. Kamal Gani, 30; Mohd. Afiq Che Awang, 36; Mohd. Faizal Jusoh, 40; Mohammad Hakim Iskandar Zaidi, 24; dan Wan Muhammad Shafiq Wan Ibrahim, 23, turut menghadapi pertuduhan sama.

Mereka membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa telah hadir ke satu majlis pelagaan ayam tanpa kuasa yang sah atau sebab munasabah.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah bangsal reban ayam di Kampung Pengkalan Rajawali, Chendering pada pukul 2.30 pagi, 10 Jun lalu.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 32(2)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM20,000 dan RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

POPULAR