fbpx

TLDM, APMM tingkatkan kebolehoperasian bersama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farizal (dua dari kiri) dan Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Pertama (M) V. Pannir Selvan Veloo (dua dari kanan) memegang erat tangan sebagai simbolik kerjasama antara TLDM dan APMM di Pangkalan TLDM Lumut hari ini.

LUMUT – Eksesais Samudera Perkasa Barat Siri 5/22 memberi penekanan terhadap aspek interoperability (kebolehoperasian) antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Timbalan Panglima Armada Barat, Laksamana Pertama Farizal Myeor berkata, justeru itu, eksesais yang bermula pada Ahad lalu hingga Jumaat ini bermatlamat meningkatkan kebolehoperasian kedua-duanya dalam melaksanakan operasi secara bersama ketika waktu aman mahupun konflik.

“Tema eksesais pada kali ini adalah berbeza berbanding sebelum ini kerana terdapat elemen peperangan asimetrik dan konvensional selain aspek navigasi serta ilmu kelautan, serta konsep mencari dan menyelamat (SAR) yang masih dikekalkan.

“Diharapkan, inisiatif ini dapat memperkukuhkan kesefahaman dan ketersediaan kedua-dua agensi melalui usahasama bersepadu bagi mematahkan tindakan unsur-unsur yang melanggar undang-undang atau menceroboh perairan negara,” katanya ketika berucap pada majlis pembukaan eksesais itu di KD Sri Indera Sakti, Pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini.

Farizal berkata, kedua-dua agensi telah mempamerkan komitmen yang tinggi bagi menjayakan eksesais tersebut menerusi penglibatan aset-aset seperti KD Sri Indera Sakti, KD Laksamana Tan Pusmah dan pesawat Fennec TLDM.

Menurut beliau, antara aset dari APMM yang menyertai eskesais bertemakan Penguatkuasaan Undang-Undang Maritim, CARILAMAT dan Pengenalan Peperangan Di Laut itu pula adalah KM Bagan Datuk, KM Nyalau serta pesawat AW139.

Tambahnya, eksesais itu juga turut menyaksikan kehadiran aset-aset sokongan daripada kedua-dua agensi seperti Fast Combat Boat dan Pasukan Khas Laut (Paskal) TLDM serta Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) APMM.

“TLDM dan APMM akan terus komited memanfaatkan peluang operasi bersama dalam usaha memacu ketersediaan aset dan kompetensi warga untuk melindungi dan mempertahankan kepentingan Zon Maritim Malaysia pada setiap masa,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI