fbpx

Rakyat Britain disaran mandi dalam masa hanya satu minit untuk jimat air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Britain dicadangkan untuk mandi dalam masa seminit bagi menjimatkan penggunaan air. - bathroom+kitchen

LONDON – Penduduk Britain disaran menyingkatkan waktu mandi mereka dalam masa hanya satu minit sebagai sebahagian usaha  untuk menjimatkan bekalan air, lapor laman berita RT semalam.

Berdasarkan laporan akhbar The Sunday Times, langkah itu dicadangkan oleh salah sebuah syarikat yang menguruskan bekalan air di Britain.

Menurut laporan, wakil-wakil industri berkata, walaupun langkah itu tidak popular,  namun ia perlu dilakukan.

Penduduk Britain berdepan dua  pilihan mudah iaitu sama ada membelanjakan £1 bilion (RM5.3 bilion) untuk infrastruktur air yang baharu atau menghabiskan masa kurang satu minit untuk mandi.

Idea itu diutarakan ketika cuaca panas terik luar biasa melanda Britain sejak beberapa minggu lalu.

Negara Eropah itu merekodkan bulan Julai paling panas yang menyaksikan penggunaan air meningkat mendadak.

Situasi itu mendorong beberapa daerah di selatan England melaksanakan larangan penggunaan paip getah  dan pemercik air pada minggu ini.

Ini kerana paras air bawah tanah yang lebih rendah berbanding keperluan  dan kekurangan air di kawasan-kawasan takungan seluruh negara.

Pakar-pakar berkata, sekiranya cuaca masih tidak berubah, Britain mungkin terpaksa memperkenalkan lebih banyak langkah penjimatan, termasuk sekatan dan catuan air. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI