fbpx

PDRM umum pertukaran, kenaikan pangkat 20 pegawai kanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran jawatan dan kenaikan pangkat seramai 20 pegawai kanannya yang berkuat kuasa bermula 12 September ini.

Senarai itu didahului dengan Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1, Bukit Aman, Datuk Baharuddin Ahmad yang bertukar ke Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1, Bukit Aman.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri pula akan memegang jawatan sebagai Ketua Polis Perak dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP).

“Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perjawatan), Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan, Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohd. Alwi Zainal Abidin akan ditukar ke Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman dengan memangku jawatan Deputi Komisioner Polis (DCP).

“Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunselling) Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Ghazali Daud pula bertukar ke Timbalan Pengarah (Agama dan Kaunselling) JIPS Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Perundangan) PDRM, Urusetia Pejabat KPN Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof bertukar ke Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur dengan memangku pangkat DCP.

“Komander 69 Komando Pasukan Gerakan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Ulu Kinta, Perak, Datuk Abdul Razak Mohd Yusoff pula akan memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Pahang dengan memangku pangkat DCP.

“Ketua Jabatan Pengurusan Sarawak Senior Asisten Komisioner Gilberd Philip Layang juga bertukar ke Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan, Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman ditukarkan sebagai Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan dengan memangku pangkat sebagai Senior Asisten Komisioner Polis (SAC).

Akhir sekali, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzham Jaafar pula ditukar ke Ketua Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur dengan memangku pangkat pangkat SAC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI