fbpx

Impian TFC bertemu JDT di final tertunai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TFC mengesahkan slot ke final Piala FA selepas meraih kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti ketika menentang Selangor kelmarin.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain teruja dapat merealisasikan impian membuat perhitungan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada pentas akhir Piala FA.

Impian berkenaan dicapai setelah TFC mengatasi Selangor 4-2 menerusi sepakan penalti setelah terikat 1-1, manakala JDT pula membelasah Penang FC 6-1 pada peringkat separuh akhir.

Menurut jurulatih berusia 44 tahun itu, aksi final tersebut me­rupakan kali pertama melibatkan kedua-dua pasukan tersebut setelah hanya bertemu di peringkat suku akhir dan separuh akhir sejak tiga tahun lalu.

Nafuzi berkata, dia sentiasa mengimpikan peluang menguji kekuatan skuad Harimau Selatan dengan trofi Piala FA serta tiket automatik ke Piala AFC 2023 menjadi taruhan pada kali ini.

“Memang saya sendiri berhajat nak jumpa JDT pada aksi akhir. Sejak melatih TFC, kami hanya berjumpa di pusingan awal dan tumpas semua pertemuan kalah mati.

“Saya meletak impian mahu ke final bertemu JDT kerana mereka adalah pasukan terbaik dalam negara dan saya yakin perlawanan pasti berbeza dengan suasana di pentas akhir,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Sultan Mizan, Kuala Nerus kelmarin.

Tambahnya, kejuaraan bukanlah benda ajaib kerana TFC juga mempunyai pemain dan barisan kejurulatihan yang berkualiti.

Mengulas lanjut perlawanan separuh akhir kelmarin, Nafuzi mengakui tidak menyangka perlawanan akan diheret ke penentuan penalti setelah terikat 1-1 sehingga tamat 120 minit permainan.

Jelasnya, kecederaan beberapa tonggak import dan tempatan pada babak pertama menjejaskan corak permainan Sang Penyu dan hampir terperangkap de­ngan gerakan Selangor.

“TFC tidak bermain seperti bia­sa pada awal permainan de­ngan memberi terlalu banyak ruang kepada Selangor, malah kami juga kehilangan pemain utama pada babak kedua,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI