fbpx

Cikgu tuisyen mati disyaki bunuh diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar akaun TikTok mangsa yang didakwa membunuh diri akibat menerima kecaman pengguna media sosial lain.

SUBANG JAYA – Seorang guru tuisyen wanita yang merupakan pempengaruh TikTok dilaporkan mati disyaki membunuh diri di rumahnya di Jalan USJ11/4H, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, mangsa ditemui oleh ahli keluarga sebelum dibawa ke hospital kira-kira pukul 11.51 malam dalam keadaan masih bernafas.

“Mangsa merupakan seorang guru tuisyen berusia 44 tahun itu telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa pernah mengalami tekanan perasaan dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta sekitar Petaling Jaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, pemeriksaan di tempat kejadian dan fizikal mangsa mendapati tiada kesan berlaku sebarang unsur jenayah.

“Proses bedah siasat telah dijalankan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Setakat ini, tiada laporan yang dibuat oleh mangsa berhubung dakwaan gangguan buli siber,” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung dakwaan mengatakan wanita itu membunuh diri dipercayai akibat menerima kecaman hebat di akaun TikTok milik mangsa, @sashikala1978.

Mana-mana individu yang mempunyai masalah kemuru­ngan atau menghadapi tekanan boleh menghubungi Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Soko­ngan Psikososial (MHPSS) di 03-29359935 atau 014-3223392 atau Talian Kasih 15999/WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI