fbpx

Penganggur edar syabu 89.8 gram dihukum gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengiringi Mohd. Hafizul (tengah) untuk prosiding jatuh hukum kes mengedar dadah jenis methamphetamine di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Seorang penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 89.8 gram di Wakaf Bharu, Tumpat enam tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Abazafree Mohd. Abbas menetapkan hukuman itu terhadap Mohd. Hafizul Che Mohd. Zahid, 30, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pembelaan.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Hafizul didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 89.8 gram di hadapan sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Pasir Pekan Hilir, Wakaf Bharu dekat Tumpat kira-kira pukul 4.20 petang pada 22 September 2016.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukan hukuman gantung sampai mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazlinawati Arshad manakala tertuduh diwakili peguam Mohd. Ridhuwan Ismail.

Terdahulu, Norazlinawati meminta mahkamah menetapkan hukuman setimpal terhadap kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh memandangkan kes dadah semakin berleluasa.

Mahkamah kemudiannya menetapkan hukuman gantung sampai mati kepada tertuduh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI