fbpx

Erling Haaland tetap jadi sandaran Manchester City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND

MANCHESTER – Sekalipun gagal menghadirkan impak besar ketika aksi Perisai Komuniti, Erling Haaland akan terus menjadi harapan buat Manchester City dalam aksi pertama menentang West Ham United di Stadium London, malam ini.

Pada perlawanan itu, aksi kurang meyakinkan Haaland mengakibatkan The Citizens tewas 3-1 kepada Liverpool dan ia mula menimbulkan banyak keraguan tentang kualiti pemain berkenaan untuk terus menyerlah di Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun, pemain te­ngah City, Ilkay Gundogan tampil menempelak pihak yang mula mempersoalkan kredibiliti Haa­land dan tetap percaya bintang Norway itu mampu hadirkan impak besar kepada pasukan musim ini.

“Tidak ada guna untuk mempersoalkan kualiti dimiliki Haa­land. Dengan kesungguhan dan keinginannya menjaringkan gol, dia pasti akan menghadirkan kemenangan buat kami,” katanya.

Selepas menjaringkan 99 gol musim lalu tanpa kehadiran penyerang tulen, keputusan Pep Guardiola membawa masuk Haaland juga tidak wajar dipertikaikan kerana objektifnya adalah untuk membantu kelab meraih lebih banyak jaringan daripada setiap peluang yang dicipta.

Guardiola turut tampil senada dengan apa yang diperkatakan Gundogan kerana percaya Haaland mampu membalas setiap kritikan dengan menyumbangkan lebih banyak gol.

“Jika ada orang yang ragu terhadapnya, saya pasti dia akan menjaringkan banyak gol. Dia pasti akan melakukan perkara sama seperti apa yang pernah dilakukannya sebelum ini.

“Peluang akan sentiasa ada, tetapi harus diingat Haaland adalah seorang pemain yang memiliki naluri gol dan dia ada sentuhan penyudah yang agak baik,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI