fbpx

Wilfried Zaha penyerang Liga Fantasi tidak didendang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAHA seorang penyerang yang konsisten buat Palace sejak beberapa musim kebelakangan ini. – AFP

KEHADIRAN Patrick Vieira yang mengetuai Crystal Palace sejak musim lalu memastikan pasukan itu semakin stabil sejurus menggantikan Roy Hodgson.

Bekas pemain Arsenal, Vieira melakukan persiapan terbaik ketika memulakan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menamatkan aksi pramusim dengan cemerlang selepas menewaskan Montpellier 4-2 di Selhurst Park pada Sabtu lalu.

Kemenangan tersebut pasti melonjakkan semangat pemain skuad The Eagles menjelang perlawanan minggu pertama EPL musim ini.

Antaranya pemain yang baharu dibawa masuk ialah Chris Richards, Cheick Doucoure, Malcolm Ebiowei dan Luke Plange dijang­ka memberi kelainan terutama menghadapi pasukan besar pada lima perlawanan awal nanti.

Namun, jangan lupa ketajaman Wilfried Zaha yang tidak pernah diragui mungkin melakukan kejutan pada perlawanan pembuka tirai EPL, sekali gus menyumbang mata pada Liga Fantasi musim ini.

Pada aksi pertama, Crystal Palace akan berdepan Arsenal, Liverpool, Aston Villa, Manchester City dan akan berdepan Brentford pada minggu kelima.

Pembaca Kosmo! yang berminat boleh mendaftar Liga Fantasi Kosmo! 2022/2023 dengan klik pada pautan ini – https://www.kosmo.com.my/liga-fantasi/

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI