fbpx

Rumah paling terpencil di Britain ditawarkan pada harga RM1.62 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIADA akses jalan yang boleh digunakan untuk ke rumah itu. – Fisher Hopper

LONDON – Sebuah rumah digelar paling terpencil di Britain ditawarkan untuk dijual pada harga mencecah £300,000 (RM1.62 juta), namun memerlukan banyak kerja membaik pulih serta tidak mempunyai sambungan elektrik, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Hartanah yang terletak jauh di tengah Yorkshire Dales itu disifatkan sebagai unik kerana berada di lokasi yang amat terpencil.

Ketiadaan akses jalan bagaimanapun menjadikan perjalanan ke rumah itu satu cabaran kerana ia hanya boleh dikunjungi menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Hartanah dengan tiga bilik tidur itu mempunyai kotak isyarat tersendiri yang dipercayai kotak isyarat paling terpencil di Britain.

Seorang ejen hartanah, Fisher Hopper berkata, rumah tersebut adalah satu pelaburan menarik dengan pelbagai peluang komersial yang berpotensi.

Pembeli yang ingin melihat hartanah itu boleh mendaki sendiri dengan berjalan kaki selama 20 minit ke rumah tersebut dari tempat letak kereta Ribblehead Viaduct.

“Tiada penjana kuasa, tiada elektrik dan beberapa bahagian perlu diperbaiki termasuk bilik mandi yang berlumut, dapur yang runtuh dan dinding hijau di ruang tamu,” demikian menurut laporan akhbar Mirror UK. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI