fbpx
COUTINHO sememangnya bintang berbakat dan berpontesi besar menjaringkan gol dalam setiap perlawanan, sekali gus pertaruhan buat pengurus Liga Fantasi. - AFP

Philippe Coutinho dijangka konsisten sumbang mata Liga Fantasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAK diantik selaku pengurus Aston Villa, Steven Gerrard tidak menunggu lama untuk menghadirkan impak segera sehingga menyelamatkan kelab itu daripada tersingkir ke Liga Kejuaraan musim lepas.

Bermula dengan kemenangan 2-0 ke atas Brighton, Aston Villa di bawah kendalian Gerrard juga seakan cukup garang apabila muncul pasukan ketujuh menjaringkan gol paling banyak selepas menghasilkan 38 jaringan dalam 27 perlawanan.

Tidak hanya dalam aspek serangan, bekas kapten Liver­pool itu juga menghadirkan kesan positif kepada barisan pertahanan Aston Villa dan kali ini, dengan kehadiran beberapa muka baharu dijangka akan terus mengukuhkan lagi kekuatan pasukan khususnya di barisan terakhir pasukan.

Perlantikan John McGinn sebagai kapten baharu juga dijangka menghadirkan imej berlainan buat The Villans dan nama seperti Philippe Coutinho dan Danny Ings pastinya akan terus menjadi penggerak utama.

Dengan adunan pengalaman Gerrard dan adanya penambahan pemain seperti Boubacar Kamara serta Diego Carlos, Aston Villa akan tampil dengan dengan lebih kukuh terutamanya ketika berdepan kelab lebih besar.

Orang ramai yang berminat menyertai Liga Fantasi Kosmo! 2022/2023 boleh mendaftar dengan klik pada pautan ini – https://www.kosmo.com.my/liga-fantasi/

GELARAN

The Villans

PENGURUS:

Steven Gerrard

PENJAGA GOL (Harga Fantasi)
Emiliano Martínez – £5.0, Robin Olsen – £4.0

PERTAHANAN
Matty Cash – £5.0, Tyrone Mings – £4.5, Lucas Digne – £5.0, Ezri Konsa – £4.5, Ashley Young – £4.5, Calum Chambers – £4.5, Kortney Hause – £4.5, Diego Carlos – £5.0, Frederic Guilbert – £4.0, Ludwig Augustinsson – £4.5, Kaine Kesler Hayden – £4.0

TENGAH
John McGinn – £5.5, Jacob Ramsey – £5.5, Emiliano Buendía – £6.0, Douglas Luiz – £5.0, Philippe Coutinho – £7.0, Leon Bailey – £5.0, Marvelous Nakamba – £4.5
Anwar El Ghazi – £5.0, Bertrand Traoré – £5.0, Morgan Sanson – £4.5, Tim Iroegbunam – £4.5, Boubacar Kamara – £5.0, Carney Chukwuemeka – £4.5

PENYERANG
Ollie Watkins – £7.5, Danny Ings – £7.0, Cameron Archer – £4.5, Keinan Davis – £5.5

POPULAR