fbpx

Ivan Toney terus jadi taruhan Brentford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TONEY masih dianggap penyerang berbisa bagi pasukan pertengahan liga, malah mampu menjaringkan gol ke atas pasukan gergasi. - AFP

MUSIM pertama Brentford dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada kempen 2021/22 boleh dianggap berjaya selepas skuad kendalian Thomas Frank itu menamatkan aksi liga di kedudukan ke-13.

Bagi saingan musim baharu ini, tumpuan pastinya terarah kepada penyerang, Ivan Toney selepas menjadi pemain paling menyerlah buat Brentford apabila meledak 12 gol serta melakukan lima umpanan.

Gandingannya di jentera serangan, Bryan Mbeumo juga dijangka menjadi pertaruhan dalam saingan Fantasy Premier League (FPL) nanti kerana boleh didapati dengan nilai agak berbaloi £6.0.

Selain duo serangan itu, kap­ten Brentford yang juga pemain pertahanan, Pontus Jansson sering menjadi pelengkap buat pasukan-pasukan FPL kerana berjaya menjaringkan tiga gol selain melakukan empat umpanan pada musim lalu.

Menjelang saingan musim baharu 2022/23 nanti, Brentford dijangka mampu untuk mengekalkan aksi sama seperti musim lalu serta terus mengharapkan penyudah daripada Toney dan Mbeumo.

Pembaca Kosmo! ramai yang berminat menyertai Liga Fantasi Kosmo! 2022/2023 boleh mendaftar dengan klik pada pautan ini – https://www.kosmo.com.my/liga-fantasi/

GELARAN
The Bees

PENGURUS
Thomas Frank

PENJAGA GOL
David Raya – £4.5, Thomas Strakosha – £4.5

PERTAHANAN
Pontus Jansson – £4.5, Rico Henry – £4.5, Ethan Pinnock – £4.5, Sergi Canos – £5.0, Kristoffer Ajer – £4.5, Ben Mee – £4.5, Mads Roerslev – £4.5, Mads Bech – £4.5, Charlie Goode – £4.0, Aaron Hickey – £5.0

TENGAH
Christian Norgaard – £5.5, Yoane Wissa – £5.5, Vitaly Janelt – £5.5, Mathias Jensen – £5.0, Frank Onyeka – £5.0, Shandon Baptiste – £4.5, Saman Ghoddos – £5.0, Josh Dasilva – £4.5, Keane Lewis-Potter – £5.5

PENYERANG
Ivan Toney – £7.0, Bryan Mbeumo – £6.0

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI