fbpx

Hujan lebat di 4 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Empat negeri akan dilanda hujan lebat, ribut petir serta angin kencang sehingga pukul 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, antara negeri yang terlibat adalah Kedah, Pahang, Johor dan juga Sabah.

“Di Kedah, kawasan yang terbabit adalah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Sik, manakala di Pahang pula melibatkan daerah Rompin.

“Sementara itu, bagi negeri Johor pula ia melibatkan daerah Kluang, Mersing dan Kota Tinggi ,manakala bagi Sabah ia melibatkan kawasan Sandakan (Beluran dan Sandakan),”katanya.

Jelas MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI