fbpx

Covid-19 : Kes menurun bawah 4,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini terus menunjukkan trend penurunan apabila mencatatkan sebanyak 3,927 kes semalam termasuk 14 kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,663,172 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 4,949 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,618, 625 orang.

Kata laman web itu, sebanyak 46, 506 kes aktif Covid-19 dilaporkan dengan merekodkan sejumlah negatif 1,028 kes.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,052 diikuti Kuala Lumpur (981), Perak (323), Sabah (313), Pulau Pinang (232), Negeri Sembilan (231), Melaka (155), Johor (128) dan Kedah (121).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Sarawak (99), Putrajaya (96), Pahang (93), Kelantan (49), Terengganu (32), Perlis (12) dan Labuan (7),” kata maklumat itu tadi.

Dalam perkembangan sama, sebanyak sembilan kematian dilaporkan dengan tiga kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,009.

Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,654 setakat ini.

Sebanyak 44,843 kes dikuarantin di rumah, 24 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,587 kes di hospital, 14 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 38 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI