fbpx

Tiga maut kemalangan treler, dua kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga mangsa maut dalam kejadian kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat di Kuantan hari ini.

ROMPIN – Tiga maut dalam kejadian kemalangan melibatkan sebuah treler dan dua buah kereta jenis Proton Iswara dan Perodua Axia di atas jambatan di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat di sini malam semalam.

Mangsa yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 malam itu ialah kelindan treler, Abdul Raziz Mohdal,40, dan pemandu serta penumpang kereta Iswara, Mohd Khairol Md. Tahir,36, dan Zairulzaimy Jambi,18, yang merupakan lelaki Orang Asli berasal dari Kampung Runchang di sini.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Mohd. Azahari Mukhtar berkata, semasa kejadian lori treler berkenaan dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Segamat manakala kedua-dua buah kereta berada di arah bertentangan.

“Apabila sampai di tempat kejadian kereta jenis Proton Iswara telah masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan treler menyebabkan treler berkenaan hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta jenis Perodua Axia.

“Akibat kemalangan menyebabkan kelindan treler dan pemandu Proton Iswara serta penumpang belakang kanan Proton Iswara meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pemandu treler dan pemandu Perodua Axia serta penumpang hadapan Proton Iswara mengalami kecederaan di bahagian tangan.

Menurutnya mangsa yang maut dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Dalam pada itu katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan masih giat dilakukan termasuk mengesan saksi bagi membantu siasatan.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati semasa kejadian cuaca adalah baik dan lokasi kejadian merupakan jalan satu hala dan tiada lampu jalan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI