fbpx

Aducktive sasar eksport ke Dubai, Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANIF (dua dari kanan) pada majlis pelancaran produk Aductive di Glenmarie, Shah Alam kelmarin.

SHAH ALAM – Pengeluar snek telur masin bersira, Aducktive Food Sdn. Bhd. (Aducktive) me­nyasarkan pasaran eksport ke Dubai dan Taiwan dengan perolehan jualan berjumlah RM10 juta tahun ini.

Pengarahnya, Anif Azami berkata, buat masa ini, produk makanan tersebut telah berjaya menembusi ke negara jiran di Singapura dan Brunei.

Menurut beliau, pengembangan syarikat dengan menguasai rangkaian pusat beli-belah se­perti di AEON dan juga stesen minyak Petronas mengukuhkan lagi jenamanya.

“Pensijilan halal serta Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (MeSTI) yang diperoleh Aductive turut menjadi faktor penerimaan dua negara tersebut.

“Kita akan mula mengeksport produk ke Dubai dan Taiwan pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran produk Aducktive ke semua rangkaian Mesra Petronas di Glenmarie di sini kelmarin.

Selain itu, Anif menjelaskan, peluang mengeksport ke pasaran baharu itu bakal mendorong kepada sasaran jualan bertambah kepada RM10 juta berbanding hanya RM8 juta sebelum ini.

“Syarikat turut menyasarkan penambahan 1,000 ejen peruncit baharu di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Jumlah keseluruhan ejen dan stokis setakat ini seramai 6,500 orang,” ujarnya.

Selain itu, Aducktive turut memperkenalkan produk terbaharunya iaitu Spicy Salted Egg Nasi Lemak Cornflakes bersempena sambutan Hari Kebangsaan bulan ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI