fbpx

UPSI, pengusaha kafeteria lancar menu Keluarga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md Amin (tengah) bersama 23 pengusaha kafetaria dan sebahagian mahasiswa ketika majlis pelancaran Menu Keluarga Malaysia hari ini

TANJUNG MALIM – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama 23 pengusaha kafeteria kampus melancarkan menu Keluarga Malaysia pada kadar RM3.50 di sini hari ini.

Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, pelancaran tersebut adalah tanda sokongan kepada pelaksanaan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menyelaras, melaksana dasar dan memantau kawalan harga barangan.

“Inisiatif ini bagi memastikan lebih 14,000 pelajar golongan B40 di UPSI mempunyai pilihan makanan berkualiti pada harga yang rendah ketika seluruh negara mengalami kenaikan harga barangan.

“Sebagai tanda penghargaan kepada pengusaha kafeteria, UPSI meluluskan moratorium sewaan ruang premis selama enam bulan kepada pengusaha kafeteria di sekitar kampus,” katanya selepas menyempurnakan majlis pelancaran di Atrium Pusat Pelajar, Kampus Sultan Azlan Shah awal pagi tadi.

Katanya, UPSI bakal menerima kemasukan semula seramai 19,352 pelajar pada Oktober ini dan akan memastikan kos sara hidup mahasiswa seperti makanan dan pengangkutan terjamin bagi membolehkan mereka dapat belajar dalam suasana yang kondusif serta fokus kepada pembelajaran.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr. Norkhalid Salimin berkata, pihaknya menghargai kerjasama pengusaha kafeteria yang merealisasikan hasrat kerajaan.

“Antara menu yang disajikan ialah nasi berlauk berserta minuman, nasi goreng, nasi lemak, mi goreng, roti canai dan banyak lagi bermula sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam,” katanya.

“Pada majlis sama, pemilik kafeteria JNJ Gemilang Resources, Junaida Jamaludin, 54, menerima Sijil Pengiktirafan Kafeteria Sihat Universiti Awam yang pertama di Malaysia yang dikeluarkan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI