fbpx

Warga emas maut dihempap pokok kabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk kampung cuba membantu mengeluarkan mayat mangsa yang ditimpa pokok kabu di kawasan perumahan berhadapan Sekolah Kebangsaan Pulai, Baling petang ini.

BALING – Seorang warga emas maut ditimpa sebatang pokok kabu dalam kejadian angin kencang dan hujan lebat di kawasan perumahan berhadapan Sekolah Kebangsaan Pulai, kira-kira pukul 3.35 petang tadi.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, mangsa dikenali sebagai Rafiah Zakaria, 86, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

“Lebih kurang pukul 3.35 petang, Balai Polis Kupang telah menerima maklumat kejadian seorang mangsa telah dihempap pokok yang tumbang akibat hujan berhampiran kawasan rumah.

“Anggota ke lokasi kejadian dan bomba telah membuat pemotongan pokok dalam usaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah batang pokok kabu tersebut.,” kata Shamsudin.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Daerah Kulim untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI