fbpx

Malaysia, Indonesia kukuhkan kerjasama pertahanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled ketika menerima kunjungan Prabowo di Wisma Pertahanan hari ini.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan (Mindef) yakin jalinan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia akan memperkukuhkan lagi bidang pertahanan bagi kedua-dua negara.

Mindef dalam satu kenyataan berkata, keyakinan itu disuarakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semasa menerima kujungan Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto di Wisma Pertahanan hari ini.

Menurut kenyataan itu, pertemuan tersebut adalah julung kali diadakan sejak Mohamed Khaled menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan.

“Semasa pertemuan tersebut, Mohamed Khaled mengungkapkan keyakinannya bahawa dengan pengalaman luas yang dimiliki oleh Prabowo Subianto, inisiatif-inisiatif yang dibawanya, terutama dalam bidang pertahanan, akan memberi kesan yang positif terhadap kestabilan dan keselamatan serantau.

“Menteri kedua-dua negara juga menyatakan komitmen untuk terus mengukuhkan kerjasama pertahanan antara kedua-dua negara,”kata kenyataan itu.

Menurut Mindef, kedua-dua Menteri juga yakin bahawa kerjasama yang kukuh akan memastikan pelaksanaan aktiviti-aktiviti sedia ada dan akan datang dapat terus dilaksanakan.

“Seterusnya, membawa hubungan pertahanan negara Malaysia dan Indonesia ke tahap yang lebih tinggi,”ujarnya

Pada masa sama kata, Mohamed Khaled turut mengucapkan tahniah kepada Prabowo kerana dipilih sebagai Presiden Indonesia yang baharu berdasarkan keputusan rasmi Pemilihan Umum Indonesia 2024 baru-baru ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI