fbpx

Pengusaha stesen minyak diugut sindiket penyeludupan diesel – Armizan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Armizan pada sidang akhbar pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mendedahkan bahawa terdapat pengusaha stesen minyak yang menerima ugutan daripada sindiket penyeludupan supaya terus menjual diesel bersubsidi kepada mereka.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, selain menerima ugutan, ada dalam kalangan pengusaha stesen minyak terbabit turut didatangi kumpulan samseng.

Jelas beliau, pihaknya juga menerima pelbagai laporan berhubung perkara itu termasuk yang diadukan terus kepadanya dan diterima daripada syarikat pembekal minyak.

“Ada pengusaha stesen minyak sampai ke tahap mereka diugut sindiket tertentu. Modus operandi mereka amat kemas, difahamkan ada yang datang bersama gangster, samseng dan sebagainya.

“Jadi kita tengah kumpul maklumat, termasuk bekerjasama dengan polis dan syarikat pembekal minyak. Kita mahu menghalang perkara ini daripada terus menjadi sistemik,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sidang akhbar selepas sesi libat urus bersama pemain industri pengangkutan kenderaan darat barangan bagi persediaan pelaksanaan penggunaan ‘fleet card’ di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI