fbpx

Malaysia perlu manfaatkan hubungan dengan China – Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Agong ketika dipersembahkan dengan sebuah kereta keluaran China, Hongqi L5 hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Duta Besar China, TYT Ouyang Yujing hari ini.

Menerusi kenyataan di Facebook Sultan Ibrahim, pertemuan itu adalah bagi membincangkan tentang hubungan dua hala Malaysia dan China serta isu-isu semasa berkaitan kedua-dua negara tersebut.

“Dalam sesi menghadap ini, Seri Paduka Baginda berkenan memberikan pandangan mengenai hala tuju hubungan diplomatik antara kedua-dua negara dan keperluan untuk mengenal pasti peluang kerjasama yang lebih luas.

“China merupakan salah satu kuasa ekonomi dunia yang penting dan rakan dagang besar kepada Malaysia,” titahnya.

Seri Paduka Baginda berharap Malaysia menggunakan keupayaan uniknya untuk memanfaatkan dan meningkatkan jumlah dagangan, pertukaran teknologi dan mengembangkan eksport ke negara tersebut.

Mengulas lanjut, Seri Paduka Baginda turut berharap lebih banyak syarikat China akan melabur di negara ini sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan.

Dalam pertemuan sama, Sultan Ibrahim turut dipersembahkan sebuah kereta keluaran China, Hongqi L5 dan Seri Paduak Baginda merupakan pemilik pertama di dunia.

“Kereta keluaran FAW Group yang menampilkan rekaan gaya retro ini digunakan oleh pemimpin tertinggi China bagi acara kenegaraan dan diplomatik,” katanya.

Turut hadir Presiden FAW Hongqi Global, Wang Lingyu, Tan Sri Lim Kok Thay dan Datuk Lim Chee Wah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI