fbpx
MOHAMED Salah dipercayai akan terus berbisa dan mengungguli carta penjaring terbanyak, sekali gus pilihan ramai pengurus Liga Fantasi musim depan.

Mohamed Salah kekal pilihan meskipun ada Darwin Nunez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIGA Fantasi Kosmo! meramalkan skuad Liverpool yang dikendalikan oleh pengurus kelahiran Jerman, Jurgen Klopp tidak ba­nyak berubah pada kesebelasan utamanya, kecuali ketiadaan Sadio Mane yang meninggalkan Anfield ke Bayern Munich pada musim panas ini.

Skuad The Reds berjaya menandatangani bintang utama pada jendela perpindahan ini iaitu Darwin Nunez dari Benfica dengan rekod kelab £85 juta (RM463.47 juta), selain menyambar dua pemain muda, Fabio Carvalho dan Calvin Ramsay sambil melepaskan Divock Origi dan Takumi Minamino.

Bagi pemain Liga Fantasi, Liverpool memiliki begitu ramai pemain terbaik untuk meraih mata menjadikan sukar untuk memilih yang konsisten. Antaranya Alisson, Trent Alexander-Arnold, Virgil van Dijk, Andy Robertson, Diogo Jota, Roberto Firmino, Mohamed Salah dan Luis Diaz selain Nunez.

Bagaimanapun, Liga Fantasi Kosmo! masih percaya bintang antarabangsa Mesir, Salah mampu meletup serta mencapai tahap sama seperti musim lalu selepas memenangi tiga Kasut Emas, satu Anugerah Playmaker dan Anugerah Pemain Terbaik PFA pada musim lalu.

Apa yang merisaukan adalah kehadiran Nunez akan menyebabkan berlaku sedikit sebanyak perubahan taktikal yang secara tidak langsung mungkin menjejaskan mata yang diraih Salah musim ini dalam Liga Fantasi.

Pendaftaran Liga Fantasi Kosmo! 2022/2023 boleh dilakukan dengan klik pada pautan ini – https://www.kosmo.com.my/liga-fantasi/

POPULAR