fbpx

Mahkamah: Pengarah syarikat dituduh terima rasuah RM568,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (kanan) didakwa menerima lapan suapan bernilai RM568,000 antara Julai 2019 hingga Oktober 2020.

PUTRAJAYA – Seorang pengarah syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur hari ini atas lapan tuduhan menerima suapan berjumlah RM568,000 di antara Julai 2019 hingga Oktober 2020.

Tertuduh dikenali sebagai Mohd. Shazwan Shaharuddin, 37, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati menerima suapan secara berperingkat bagi membantu mendapatkan tender bagi kerja-kerja perkhidmatan membekal, memproses, mencetak dan mengepos notis saman Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selepas pertuduhan dibacakan, Rozina menetapkan kes dibicarakan semula pada 7 September depan dan mengenakan wang jaminan RM50,000 kepada tertuduh dengan dua orang penjamin selain pasport diserahkan kepada mahkamah.

Rozina juga menetapkan tertuduh disenarai hitam untuk keluar negara selain perlu melaporkan diri setiap bulan pada minggu pertama di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhampiran.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Noralis Mat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI