fbpx

Selangor bangun aplikasi mudahkan bantuan ketika banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Loy Sian (berdiri) ketika sidang DUN Selangor hari ini.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri bakal membangunkan aplikasi khas dalam memudahkan penduduk negeri ini menghadapi banjir termasuk mendapatkan bantuan ketika berlakunya bencana tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian berkata, ini adalah selaras dengan kajian sedang dijalankan konsultan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dilantik kerajaan negeri berhubung langkah-langkah bagi menghadapi perubahan iklim.

Katanya, pihaknya yakin kajian itu akan diperoleh dalam tempoh tiga hingga empat bulan yang boleh digunakan bagi menghadapi banjir khususnya.

“Majlis Tindakan Perubahan Iklim Selangor baharu mengadakan mesyuarat pertama tiga minggu lalu dan telah melantik konsultan di bawah (seorang) profesor UKM untuk mengkaji adaptasi perubahan iklim ini. Tiga hingga empat bulan lagi kita dapat mengeluarkan hasil kajian tersebut.

“Kita juga sedang buat aplikasi sekiranya banjir, orang ramai dalam masa singkat mendapat bantuan daripada semua agensi dan sukarelawan,” katanya di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Jamaliah Jamaluddin (PH- Bandar Utama) sama ada kerajaan negeri mempunyai perancangan adaptasi spesifik dalam membantu ketika banjir.

Loy Sian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang memaklumkan tindakan mitigasi dan adaptasi akan diambil melalui pembangunan kajian yang memfokuskan kepada sektor seperti pertanian dan keselamatan makanan; kesihatan awam ; gunatanah ; pengurusan sisa; pengangkutan dan perhutanan serta perindustrian.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI