fbpx

Pesawat terhempas: Allahyarham Fajim Juffa bapa, suami penyayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pesawat yang terhempas.

IPOH – Suasana hiba menyelubungi pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) ketika jenazah Fajim Juffa Mustafa Kamal, 52, dibawa keluar menaiki kereta jenazah sambil diiringi ahli keluarga Allahyarham.

Kereta jenazah yang membawa Allahyarham meninggalkan Jabatan Forensik HRPB pada pukul 2.45 petang menuju ke Semenyih, Selangor bagi urusan pengebumian.

Fajim Juffa yang merupakan Jurulatih Penerbangan Bats Aviation Sdn. Bhd. meninggal dunia selepas pesawat ringan Piper-28 yang dinaikinya terhempas di Jalan Sultan Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng sekitar pukul 8 malam semalam.

Isteri serta anak-anak Allahyarham Fajim Juffa dilihat tiba di jabatan forensik HRPB sekitar pukul 8 pagi sambil ditemani saudara-mara yang menanti jenazah Allahyarham dibedah siasat.

Sementara itu, bapa saudara Allahyarham yang ingin dikenali sebagai Radzi, 57, menyifatkan, anak saudaranya itu seorang bapa yang penyayang serta suami yang bertanggungjawab kepada keluarga beliau.

Menurut Radzi, isteri Allahyarham serta anak-anak beliau masih bersedih dengan kejadian yang menimpa suami serta bapa mereka selain menyifatkan pemergiaan Allahyarham sebagai satu kehilangan besar buat keluarga mereka.

“Isteri mana tidak sedih kalau suami meninggal dunia dan ya dia masih dalam keadaan sedih walaupun dia menerima apa yang berlaku lebih-lebih lagi arwah suami dan bapa penyayang yang rapat dengan anak-anak,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik HRPB di sini hari ini.

Radzi turut memaklumkan jenazah Allahyarham akan dibawa ke Surau Al-Kauthar Bandar Tasik Kesuma, Semenyih, Selangor untuk memberi ruang kepada ahli keluarga, saudara-mara serta sahabat-handai memberi penghormatan terakhir.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI