fbpx

HSA terjejas akibat banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir kilat yang berlaku di pekarangan HSA, Johor Bahru, Johor tengah hari tadi.

JOHOR BAHRU – Hujan lebat di kawasan pusat bandar Johor Bahru turut menjejaskan Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini apabila beberapa kemudahannya turut ditenggelami air.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, kebanyakan kawasan yang terjejas adalah melibatkan aras satu dan juga pejabat di tingkat bawah tanah.

Menurut beliau, banjir kilat berkenaan turut menenggelamkan kawasan letak kenderaan sehingga menyebabkan beberapa kenderaan mengalami kerosakan.

“Kemudahan di bahagian pesakit luar hospital di tingkat bawah, termasuk tandas turut dinaiki air dan pihak hospital telah mengepung kawasan itu.

“Kerja-kerja pembersihan akan dilakukan terlebih dahulu sebelum orang ramai dibenarkan menggunakannya semula.

“Tempat letak kereta hospital juga dinaiki air dan beberapa kereta yang tidak dapat keluar segera mengalami kerosakan sehingga perlu ditarik,” katanya selepas melakukan lawatan ke hospital berkenaan, di sini hari ini.

Hujan lebat yang turun sejak pukul 12.30 tengah hari itu turut menjejaskan beberapa lokasi lain antaranya Jalan Yahya Awal, Jalan Ayer Molek dan Jalan Wong Ah Fook dan Jalan Persiaran Abu Bakar Sultan.

Dianggarkan lebih daripada 500 buah kenderaan terjejas dalam banjir terbabit dengan kawasan tempat letak kenderaan di Jalan Ayer Molek berhampiran Wisma Persekutuan menjadi lokasi paling teruk terjejas.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI