fbpx

Berebut wanita punca pengurus pusat kesihatan diserang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

AMPANG JAYA – Perbuatan seorang lelaki dipercayai menumbuk dan mengugut bunuh seorang pengurus sebuah pusat kesihatan di sini mengundang padah apabila dia ditahan polis di sekitar daerah ini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihak polis menerima laporan daripada mangsa yang berusia 34 tahun pada 22 Julai lalu.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu mangsa telah diekori suspek yang memandu pacuan empat roda Ford Ranger sehingga ke sebuah stesen minyak di daerah ini.

“Sebaik mendekat mangsa, suspek terus menumbuk dan mengugut mahu membunuhnya sekiranya lelaki tersebut menjerit. Akibatnya mangsa mengalami kesakitan pada pipi kiri dan dirawat di Hospital Ampang,” ujar dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, susulan kejadian itu, polis telah menahan suspek yang berusia 36 tahun sekitar pukul 8.30 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang ketika hadir memberi keterangan.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku kerana berebut teman wanita, namun punca sebenar masih dalam siasatan,” katanya.

Jelasnya, semakan mendapati suspek yang bekerja dengan sebuah syarikat produksi filem atau drama Tamil itu mempunyai 11 rekod jenayah, namun bukan individu yang dikehendaki.

Katanya, reman terhadap suspek akan dilakukan hari ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI