fbpx

Rakam video, ‘live’ serbuan satu kesalahan – KDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR – Tindakan merakam video atau membuat siaran langsung (live) menggunakan telefon bimbit ketika pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan serbuan atau tangkapan di tempat awam merupakan satu kesalahan.

Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), perbuatan demikian dianggap telah menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta boleh mengganggu siasatan.

“Tindakan tersebut bertentangan dengan peruntukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memulakan penghantaran dengan niat mengganggu orang lain.

“Namun begitu, tindakan orang ramai merakam gambar atau video anggota polis yang sedang bertugas di tempat awam bukanlah satu kesalahan jenayah,” jelas KDN dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Kementerian itu berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (PH – Kepong) yang ingin tahu sama ada tindakan orang awam merakam polis menggunakan telefon bimbit semasa polis bertugas di tempat awam adalah satu kesalahan.

Pada sesi Dewan Rakyat Khamis lalu, Lip Eng turut meminta penjelasan daripada KDN mengenai bilangan polis yang dilengkapi peralatan kamera badan (bodycam) dan kos setiap (bodycam) itu selain adakah polis mempunyai kuasa untuk memeriksa telefon bimbit orang awam di sekatan jalan raya atau di tepi jalan.

Jelas KDN, bajet perolehan kamera badan (body worn camera – BWC) bagi kegunaan anggota PDRM telah diluluskan di bawah Rolling Plan 1 Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12).

“Perolehan ini masih dalam peringkat penelitian oleh Bahagian Perolehan, KDN dan beberapa isu perlu diselesaikan dan sedang diselesaikan oleh Bahagian Perolehan, KDN bersama dengan PDRM,” menurut jawapan itu lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI