fbpx

Penganggur menangis tidak mengaku salah bakar remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shaikh Hilman (kiri) dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas dituduh mencederakan seorang remaja lelaki di Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Lelaki yang dituduh membakar seorang remaja berusia 15 tahun sehingga melecur teruk pada dua minggu lalu menangis sewaktu mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh, Shaikh Hilman Hakim Shaikh Anuar, 28, yang merupakan penganggur membuat pengakuan itu sambil menangis selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Wan Suhaila Mohd.

Melihat reaksi tersebut, isteri tertuduh berusia 20-an yang sedang sarat hamil turut kelihatan menitiskan air mata di galeri awam.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki tersebut didakwa mencederakan mangsa, Muhammad Fiqrie Adam Abdullah dengan api sehingga parah.

Perbuatan itu didakwa tertuduh dilakukan di simpang empat Kampung Perasing Jaya, Jabor di sini pada pukul 3 pagi, 22 Julai lalu.

Shaikh Hilman didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kosmo! 23 Julai lalu melaporkan seorang remaja telah dibakar sekumpulan rakannya sehingga melecur teruk dari bahagian belakang badan kerana dituduh mencuri wang tunai RM100.

Mangsa yang keciciran persekolahan tersebut kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI