fbpx

PDRM mahu kerjasama erat dengan pengamal media diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Acryl Sani (tengah) dan Hazani merakam kenangan bersama pengamal media yang hadir pada majlis tersebut malam tadi.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengadakan Majlis Makan Malam Bersama Media bertempat di Mes Pegawai Kanan Polis, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini malam tadi.

Majlis anjuran Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) itu bertujuan mengeratkan hubungan dan kerjasama antara PDRM dengan pengamal media dalam menyalurkan maklumat yang telus dan tepat kepada masyarakat.

Dalam majlis berkenaan, pengamal media turut diberi penerangan ringkas oleh Pengarah Jabatan KDNKA merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Datuk Seri Hazani Ghazali berhubung penugasan PDRM terutama dalam pelaksanaan Kawalan Rapat Keselamatan kepada orang kenamaan.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani ketika berucap turut menzahirkan penghargaan kepada pengamal media atas sokongan yang diberi kepada pasukan Sang Saka Biru selama ini.

“PDRM sentiasa mengurus hal ehwal orang ramai yang sudah tentu membabitkan peranan pengamal media untuk melaporkan apa yang menarik perhatian dalam masyarakat.

“Oleh itu, tidak dapat dinafi dan dielakkan bahawa PDRM sebagai salah sebuah agensi kerajaan yang perlu ada hubungan yang baik dengan pengamal media.

“Jadi saya harap majlis ini dapat menjadi salah satu pemangkin atau pencetus untuk kedua-dua pihak saling mengenali dan bekerjasama serta bersama-sama berbincang di luar hubungan profesionalisma demi kesejahteraan kedua-dua pihak,” ujarnya ringkas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI