fbpx

JAS siasat pembuangan secara haram di Sungai Linggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LONGGOKAN bahan buangan terjadual diisi dalam guni sebelum dibuang di tebing Sungai Linggi di sini. /FOTO IHSAN JAS NEGERI SEMBILAN.

PORT DICKSON – Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah menjalankan siasatan berhubung longgokan buangan separa pepejal berwarna kehitaman diisi dalam guni yang dibuang secara haram di tebing Sungai Linggi di sini hari ini.

Pengarah JAS Negeri Sembilan, Azuri Azizah Saedon berkata, siasatan mendapati terdapat enam longgokan bahan buangan yang disyaki buangan terjadual yang dilupuskan secara haram di kawasan berkenaan iaitu enapcemar jenis minyak dan habuk kayu beserta pasir tercemar dengan minyak yang diletakkan di dua lokasi.

“Terdapat sebuah tasik yang terletak 100 meter dari lokasi pertama dan 30 meter dari lokasi kedua.

“Kawasan kediaman terdekat adalah pada jarak satu kilometer, namun tiada air buangan yang dikesan mengalir ke tasik atau sungai berdekatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azuri Azizah, sebanyak enam sampel telah diambil untuk dianalisis oleh Jabatan Kimia Malaysia susulan aduan daripada orang awam berhubung pembuangan tersebut.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun dan denda tidak melebihi RM500,000. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI