fbpx
Tangkap layar filem Mat Kilau yang dimuat naik secara haram di Telegram.

Filem Mat Kilau ‘bocor’ di Telegram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan didakwa bocor di aplikasi Tele­gram sejak beberapa minggu lalu dan turut mempromosikan perjudian.

Berdasarkan tinjauan Kos­mo! pada aplikasi tersebut, ia telah dimuat naik di dalam salah satu ‘channel’ di Telegram dengan kira-kira 8,124 pelanggan (subscribers) di dalamnya.

Iklan judi tersebut dipaparkan dalam bentuk tulisan menggunakan bahasa dari negara seberang iaitu di awal dan pertengahan tayangan selain ada juga video kira-kira 10 saat.

Mengikut tarikh yang dipaparkan, ‘channel’ tersebut diwujudkan pada 2 Julai sete­rusnya pada 12 Julai, pihak itu memuat naik poster filem seterusnya berkongsi tayangan penuh pada 26 Julai.

Bintang utama Mat Kilau, Datuk Adi Putra ketika dihu­bu­ngi berkata, beliau sedia maklum mengenai kebocoran filem tersebut pada aplikasi Telegram, namun enggan me­ngulas lanjut.

“Saya tahu perkara itu dan telah dimaklumkan kepada pe­nerbit,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Dalam pada itu, penerbit filem yang juga Pengarah Urusan Studio Kembara, Abdul Rahman Mt. Dali berkata, be­liau mengetahui insiden itu serta sedang berusaha untuk membuangnya daripada apli­kasi ter­sebut.

“Sedang berusaha buang dan laporan juga telah dibuat kepada Kementerian Perdaga­ngan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Suruhanjaya Komunika­si dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya kepada ­Kosmo! di sini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, kutipan filem epik mega, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang mencetuskan feno­mena terus melonjak apabila jualan tiket mencecah RM90 juta selepas 33 hari ditayangkan di seluruh negara, Singapura dan Brunei.

POPULAR