fbpx

Tengku Zafrul kini Bendahari BN Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul (kiri) dilantik Bendahari BN Selangor manakala Jamal sebagai Ketua Komunikasi BN Selangor.

SHAH ALAM – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz secara rasmi diumumkan sebagai Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor yang baharu berkuat kuasa serta.

Beliau menggantikan Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang kini menyandang Ketua Komunikasi BN negeri.

Perkara iti diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasnya, Tan Sri Noh Omar dengan langkah itu dianggap sebagai rombakan terbaharu yang dipersetujui semua parti-parti komponen.

“Kita melakukan rombakan berkenaan bagi  memberi semangat baharu kepada BN Selangor.

“Bendahari baharu kini adalah Tengku Zafrul manakala Jamal pula menjadi Ketua Komunikasi,” katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis penutup Konvensyen BN Selangor di Pusat Konvensyen Setia City di sini, malam tadi.

Noh (enam kiri) menyerahkan surat lantikan Bendahari BN Selangor kepada Tengku Zafrul (lima kanan) pada Konvokesyen BN Selangor, hari ini. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

Penutupan konvensyen selama sehari itu dirasmikan Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Pada 18 Julai lalu, Kosmo! melaporkan kesediaan Jamal melepaskan jawatan itu bagi memberi laluan kepada Tengku Zafrul.

Dalam pada itu, Noh yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO negeri dalam amanatnya meminta semua akar umbi mencekal semangat jitu untuk merampas semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

“Tiada benda yang mustahil dalam politik  terutama di negeri ini dan kita boleh mengubah senario sedia ada.

“Di bawah pimpinan presiden, kita yakin mampu menang dan rakyat sudah kembali kepada BN selepas menilai kegagalan parti lain untuk mentadbir negara sebelum ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI