fbpx

Covid-19 : 4,271 kes baharu semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 mencatatkan sedikit penurunan apabila sebanyak 4,271 kes dilaporkan semalam dengan tiga kes import berbanding 4,860 kes kelmarin menjadikan jumlah kumulatif jangkitan virus tersebut di Malaysia sebanyak 4,639,352

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 5,553 kes sembuh turut direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 seramai 4,594,296 orang.

“Selangor terus mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,972 kes diikuti Kuala Lumpur (723), Perak (28), Sabah (251), Negeri Sembilan (221), Pulau Pinang (191), Melaka (121), Kedah (97), Johor (90) dan Pahang (69).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian semalam adalah Sarawak (78), Putrajaya (70), Kelantan (57), Labuan (19), Terengganu (17) dan Perlis (15),” demikian data yang dikongsikan laman web tersebut hari ini.

Dalam perkembangan sama, sebanyak lima kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,960 dan BID 7,638.

Sebanyak 45,487 kes dikuarantin di rumah, 19 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,446 kes di hospital, 28 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 34 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI