fbpx

AUG2022: Skuad olahraga puas raih 11 emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUEENIE menjuarai pingat emas lempar cakera AUG 2022.

UBON RATCHATHANI – Skuad olahraga negara pulang ke tanah air hari ini dengan penuh rasa berbangga menerusi kejayaan barisan atletnya sepanjang kempen Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2022.

Saingan hari terakhir olahraga semalam menyaksikan Malaysia mengutip dua lagi pingat emas menjadikan keseluruhan 11 emas sepanjang empat hari acara yang berlangsung di Stadium Sisaket City.

Dua pingat emas terakhir hadir menerusi Queenie Ting dalam acara lempar cakera dan R. Kirthana yang mencipta kejutan menjuarai saingan lompat tinggi.

Pengurus olahraga AUG, Malik Tobias berkata, secara keseluruhan 11 emas, 24 perak dan lima gangsa berjaya diraih sekali gus mengatasi pencapaian tiga edisi terdahulu.

“Alhamdulillah semua atlet memberikan aksi yang terbaik pada edisi ini untuk melepasi sasaran tujuh emas. Hari terakhir semalam kita sasar dua emas dan kita berjaya.

“Kita capai 11 emas, itu satu pencapaian yang sangat baik dan saya fikir ini adalah hasil daripada semua pihak termasuk pihak pengurusan, jurulatih dan juga atlet sendiri yang memberi fokus terbaik,” katanya.

Queenie yang merupakan pemegang rekod kebangsaan meraih emas dengan catatan 52.36 meter (m), berjaya meraih pingat emas selepas melakukan lemparan sejauh 49.44m mengatasi rakan senegara, Nur Atiqah Sufiah Hanizam.

Kejayaan tersebut menyuntik motivasi tambahan buat pemenang pingat perak Sukan SEA Vietnam 2021 itu memberikan aksi lebih baik pada Sukan Perpaduan Islam 2022 di Konya, Turki bermula 9 Ogos ini.

Kirthana pula meraih emas selepas berjaya mengatasi had ketinggian 1.54m, mengatasi rakan senegara, Ng Yu Jie. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI