fbpx

Penyerang berselimut perkosa lapan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar menunjukkan pegawai Jabatan Polis Metro Johannesburg (JMPD) di Afrika Selatan. - AFP

CAPE TOWN – Sekumpulan lelaki bersenjata memperkosa lapan wanita dalam satu kejadian mengerikan di Afrika Selatan semalam, lapor laman berita Wion News.

Ketika kejadian, sekumpulan individu seramai 22 orang  terdiri  daripada 12 wanita dan 10 lelaki sedang sibuk merakam video muzik apabila mereka diserang oleh kumpulan lelaki bersenjata dan berselimut.

“Suspek mengarahkan semua orang berbaring dan terus merogol lapan daripada 12 wanita itu kemudian merompak semua harta benda mereka sebelum melarikan diri,” kata Menteri Polis, Bheki Cele.

Kawasan  kejadian itu terkenal di Afrika Selatan sebagai lokasi  perlombongan haram.

Polis mengesahkan telah menahan 67 pelombong haram di kawasan itu tidak lama selepas kejadian dengan tiga daripada  mereka maut ketika berbalas tembakan dengan polis.

“Siasatan masih diteruskan sama ada mereka yang bertanggungjawab merogol lapan wanita itu adalah antara 67 yang kini berada di dalam penjara,” kata Cele.

“Unit Keganasan Keluarga, Perlindungan Kanak-Kanak, dan Kesalahan Seksual sedang menyiasat 32 pertuduhan rogol berikutan kes rogol lapan wanita itu serta kes rompakan bersenjata,” kata polis. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI