fbpx

Pembukaan ruang udara Arab Saudi bukan iktiraf Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembukaan ruang udara bagi semua penerbangan pesawat komersial tidak menjejaskan sokongan Arab Saudi ke atas Palestin. - Aero Time Hub

RIYADH – Tindakan kerajaan Arab Saudi membuka ruang udaranya kepada semua syarikat penerbangan di dunia bukan permulaan ke arah langkah lain, lapor akhbar Saudi Gazette, kelmarin.

Perkara tersebut disahkan oleh delegasi tetap Arab Saudi ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mohammed Al-Atiq.

Beliau berkata, keputusan untuk membenarkan penggunaan ruang udara Arab Saudi oleh semua syarikat penerbangan yang mematuhi semua standard penerbangan negara itu  adalah selaras dengan kewajipan antarabangsanya.

Dalam ucapannya, beliau mengulangi pendirian Arab Saudi berhubung isu Palestin dan menegaskan bahawa kerajaan Riyadh akan terus berdiri di sisi rakyat Palestin. Tegasnya, pembukaan ruang udara negara itu tidak akan mengubah realiti tersebut.

Beliau juga menekankan keperluan untuk menyelesaikan konflik Palestin dan Israel sekali gus  merujuk kepada kepatuhan Arab Saudi melibatkan Inisiatif Keamanan Arab 2002.

Pihak Berkuasa Am Penerbangan Awam Arab Saudi (GACA) memutuskan pada awal bulan ini untuk membuka ruang udara negara itu kepada semua syarikat penerbangan yang memenuhi keperluan syaratnya.

Menurut GACA, keputusan itu seiring dengan  kesungguhan Arab Saudi dalam memenuhi kewajipannya di bawah Konvensyen Chicago 1944 dan melengkapkan usaha Riyadh untuk menjadi hab penerbangan global yang menghubungkan tiga benua serta meningkatkan sambungan aviasi antarabangsa.

Konvensyen Chicago menetapkan bahawa tiada diskriminasi antara pesawat awam yang digunakan dalam penerbangan antarabangsa. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI