fbpx

PSG beri kebenaran Wijnaldum berhijrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WIJNALDUM (kanan) gagal menembusi kesebelasan utama di PSG menyebabkan dia terdesak untuk mendapatkan pasukan baharu. – AFP

PARIS – Pemain tengah Pa­ris Saint-Germain (PSG), Gini Wijnaldum dilaporkan ba­kal berhijrah pada jendela perpindahan kali ini selepas pihak pe­ngurusan bersetuju untuk melepaskan tonggak antarabangsa itu Belanda secara pinjaman.

Dilaporkan, be­berapa kelab Eropah cukup berminat untuk menandatangani Wijnaldum, tetapi PSG meletakkan syarat mereka perlu membayar wang pinjaman sebanyak £8 juta (RM43.8 juta) serta syarat pembelian kekal pada musim depan.

Kelab gergasi Serie A, AS Roma dipercayai menjadi pilihan utama Wijnaldum sekira­nya dibenarkan berhijrah me­­mandangkan keinginannya untuk bekerjasama dengan pengendali berpengaruh, Jose Mourinho.

Difahamkan, kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton turut berminat untuk menanda­tangani pemain berusia 31 tahun itu memandangkan pengurus pasukan, Frank Lampard mahu memperkuatkan jentera tengah menjelang saingan musim baharu nanti.

Ini kerana skuad The Toffees kehilangan khidmat dua pemain tengah berpengaruh, Allan dan Abdoulaye Doucoure yang masih mengalami kecede­raan jangka panjang.

Namun, Wijnaldum dilihat tidak berminat untuk me­nyarung jersi Everton memandangkan statusnya selaku bekas pemain Liverpool bermula 2016 hingga tahun lalu.

Malah, Wijnaldum juga dianggap sebagai wira bersama skuad The Reds kendalian Jurgen Klopp itu dengan menjuarai saingan trofi EPL dan Liga Juara-Juara Eropah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI