fbpx

Cuaca buruk di 6 negeri pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan keadaan hujan lebat serta ribut petir dan angin kencang melibatkan enam negeri di Semenanjung pada pagi ini.

Keadaan tersebut diramalkan berterusan sehingga pukul 9 pagi nanti.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook tadi memaklumkan antara kawasan yang terlibat adalah Perak sekitar Bagan Datuk dan Hilir Perak.

“Di Selangor, cuaca buruk yang sama dilihat tertumpu bagi daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang serta keseluruhan Putrajaya dalam tempoh sama.

“Hujan lebat serta ribut petir turut berlaku di Negeri Sembilan dan antara daerah terkesan adalah Seremban, Port Dickson dan Rembau,” katanya di sini hari ini.

Dalam kenyataan sama, MetMalaysia juga melaporkan keadaan cuaca buruk di kesemua kawasan negeri Melaka serta beberapa di Johor seperti Tangkak dan Muar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI